Nombor plate terkini siri F Putrajaya

Nombor plate terkini siri F Putrajaya

Setakat 2025, nombor plate terkini siri F Putrajaya adalah FG. Namun terdapat beberapa siri F yang masih boleh didapati iaitu FC, FD, FE. Sayang sekali siri F, FA, FB dan FF telah habis dijual sekitar awal 2025.

Siri FH Putrajaya

Seterusnya kita akan nantikan pelancaran siri FH yang dijangka akan dibuka pada April 2026.

Walaubagaimanapun, semua pelancaran ni tertakluk kepada keputusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Kalau ikut perkadaran, siri F Putrajaya akan dilancarkan pada hari JPJ Malaysia iaitu pada bulan April setiap tahun. Bermakna, siri terbaru F akan dilancarkan setahun sekali bersempena hari JPJ Malaysia.

Sejarah Nombor Plate siri F

Kalau ikut sejarah, terdapat perubahan pelancaran bagi siri FD dan FG. Untuk siri FD yang sepatutnya dilancarkan pada April 2020 tetapi telah tertangguh atau ditangguhkan atau memang ditetapkan pada Mei 2021. Boleh dianggap oleh kerana ketika itu berlaku beberapa siri PKP, yang mana urusan negara banyak tertumpu pada kawalan penyakit COVID.

Menariknya, siri FD dibuka kepada awam (selepas sesi bidaan) sebanyak 2 sesi. Sesi pertama tempahan dibuka untuk nombor antara 1000-5000 sahaja. Sesi kedua yang dibuka pada lebih kurang Jun/Julai 2021 untuk nombor antara 5000-9999.

Pelancaran FG pada 2025

Untuk siri FG, tidak dapat dipastikan kenapa ianya dibuka sesi bidaan pada Januari 2025. Mungkin untuk memberi laluan siri Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) yang banyak dilancarkan pada ketika itu (sepanjang 2024), antaranya PETRA, GOLD dan lain lain.

Siri FF Paling Popular

Siri FF pula boleh dikategorikan sebagai siri Putrajaya paling popular, paling meriah, paling laju, dalam sejarah nombor plate di Malaysia selepas siri WWW (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Siri FF berbaki hanya 1000 nombor sahaja selepas bidaan dan habis dalam tahun yang sama selepas ianya dibuka tempahan kepada awam.

Untuk mengulangi kegemilangan siri FF, dibuka pula siri FFF. Namun sesi bidaan tidak sehebat siri FF. Dan siri FFF masih boleh ditempah pada hari ini.

Siri FFF tidak dikategorikan sebagai nombor siri Putrajaya, ianya termasuk dalam kategori NPI sama seperti GOLD, VIP, VIPS, PETRA, MADANI, GM, M_M, A_A, SIS dan MALAYSIA.