Saya baru membida nombor di JPJebid dan telah kalah dengan pembida yang lain dengan perbezaan bidaan sebanyak RM26.
Saya akur dengan keputusan ini.
Tetapi bila saya perhati semula, saya nampak ada yang tak betul pada sistem JPJebid ini.
Saya telah masuk bid SWR707 dengan harga RM611 pada jam 21.59:13 saat.
Yang mana 707 adalah nombor special (kapit) untuk 30 minit terakhir kenaikan bidaan mestilah dengan kenaikan RM50 dari nilai bidaan terkini.
Di sini sistem JPJebid telah melepaskan pembayaran pembida lain yang lebih tinggi dari RM611 iaitu RM637 walaupun sistem/database JPJebid (sepatutnya) telah memegang nilai RM611 pada jam 21.59:13.
Kalau ikut peraturan yang ditetapkan, sepatunya sistem menolak bayaran RM637 oleh pembida yang terkemudian itu sebab RM637 kurang kenaikan sebanyak RM50 dari bidaan RM611.
Sistem JPJebid seharusnya cekap mengimbas harga terkini pembida dalam database beserta masa pengesahan pembayaran dari bank. Sekiranya ada pembida lain yang melakukan pembayaran walaupun saya percaya pembida itu membuat bayaran merujuk harga bidaan awal iaitu RM555, pembayaran itu seharusnya ditolak oleh sistem kerana jumlah kenaikan yang kurang dari RM50 (Kenaikan bidaan minima)
