Saya Kalah Bid Berkali-kali Sebelum Akhirnya Faham Cara JPJeBid Sebenarnya Berfungsi
Saya ingat lagi. Nombor idaman dah ada dalam senarai. Hati berbunga. Rasa macam "akulah yang akan guna nombor ni, sebab takde orang bid lagi."
Tekan bid.
Tak boleh bid pun. Rupanya belum bayar fee lagi.
Malu sorang-sorang depan skrin.
Itulah pengalaman pertama saya dengan JPJeBid. Dan percayalah, tu baru permulaan senarai kesilapan yang saya buat.
Benda pertama yang ramai tak tahu, kena bayar fee dulu
Sebelum boleh mula bid sebarang nombor, kena bayar fee akses dulu. Satu nombor, RM10. Kalau nak bid 5 nombor serentak, kena keluar RM50 dulu sebelum boleh buat apa-apa.
- Fee RM10 ni bukan deposit, ia tidak dikembalikan walaupun kalah bid
- Ini hanya untuk "akses" masuk ke bidding, bukan untuk menang
- Wang bid yang kita letak akan dikembalikan jika kalah, tapi ambil masa 20–30 hari
Kebanyakan orang biasa takkan bid sampai 10 nombor serentak. Tapi bagi pemain serius atau peniaga nombor plate, angka tu boleh jadi jauh lebih besar.
Cara bayar pun lain dari biasa
Ini yang ramai terkejut. Semua pembayaran dalam JPJeBid, sama ada fee akses mahupun duit bid perlu guna kad. Kad debit atau kad kredit.
Bukan transfer bank biasa. Bukan duit dalam akaun je terus masuk. Kena key-in nombor kad, tunggu OTP, baru proceed. Proses ni makan masa, dan bila masa bid hampir tamat, setiap saat itu sangat berharga.
Bila server JPJeBid jem semasa siri popular, siapa yang dah set bid tinggi awal-awal, dia yang ada kelebihan. Bukan siapa yang paling pantas tekan butang masa tu.
Masalah sebenar, bila ada orang potong bid kita
Katakan kita dah masuk RM300 untuk nombor yang kita nak. Tiba-tiba ada orang potong, RM350. Soalan yang selalu timbul:
Nak outbid balik, berapa nak kena tambah? Berapa amount yang sesuai untuk lawan? Kalau tambah sikit sangat, kena potong lagi. Kalau tambah banyak sangat, membazir wang.
Bid pada siri popular atau siri Khas (NPI) boleh menyebabkan server JPJeBid jem. Masa ni, siapa yang ada modal lebih belum tentu boleh menang, melainkan dia dah set bid maximum sebelum server jem.
Lepas beberapa tahun, baru saya sedar
Bukan soal siapa ada duit lebih. Bukan soal siapa paling laju tekan butang.
Soal tahu bila nak masuk, berapa nak bid, dan macam mana nak potong orang last minit tanpa bagi mereka sempat bertindak balas.
Teknik inilah yang saya panggil Teknik Bid Gaya Rossi, masuk last minit, tepat, dan mematikan. Pesaing tercengang. Anda tersenyum.
Selepas bertatih-tatih sendiri selama beberapa tahun, saya akhirnya tulis semua ni dalam satu panduan supaya orang lain tak perlu lalui pengalaman yang sama seperti saya dulu.
Asas menggunakan JPJeBid dari sifar
Cara terbaik urus nombor yang hendak dibida
Teknik potong bid last minute gaya Rossi
Muat turun segera selepas bayar. Akses seumur hidup.
Terima kasih! Panduan Teknik Bid Style Rossi kini milik anda.
Muat Turun PanduanSalinan juga dihantar ke e-mel anda.
