Tak semua orang faham cara untuk bid nombor plate di JPJebid. Ada juga orang yang tau bid nombor plate di JPJebid, tapi dia tak nak "feel" tekanan semasa bid tu. Jadi atas 2 sebab inilah, saya menyediakan servis upah bid nombor plate di JPJebid.
Anggaran kos upah bid nombor plate
Untuk servis jockey ini, saya sediakan anggaran bayaran yang perlu pelanggan sediakan.
- JPJ fee (untuk setiap nombor plate yang endak dibida) : RM10
- Upah bid nombor plate : RM250
- Bayaran harga nombor plate (harga asas) : RM300/RM500/RM800/RM2000/RM8000/RM20,000 (bergantung kepada jenis nombor yang nak dibida).
- Bajet bidaan: Tiada jumlah tetap.
Anda boleh kirakan berapa jumlah bajet anda untuk dapatkan sesuatu nombor idaman.
Tips untuk jimat
Sebenarnya memang anda boleh jimat RM50-RM250 sekiranya buat (bid) sendiri. Tapi seperti yang saya terangkan diawal tadi, memang ada yang jenis tak berani atau tak nak experience pengalaman bid tu. Saya akui feel tu tak berapa best dan mendebarkan.
Untuk anda tak tahu langsung cara nak bid, tapi nak cuba bid sendiri, anda boleh cuba fahamkan dulu trick, taktik, manipulasi yang ada dalam dunia bid nombor plate di JPJ ebid ni dulu. Atau at least faham bagaimana bid nombor plate di JPJebid secara asas. Saya ada terangkan dalam panduan untuk bid nombor plate di JPJebid.